19 Perkara Tentang Wanita
Ramai
yang tidak tahu bahwa ada beberapa pekara yang telah terkait dalam
hadis yang mengisahkan perbedaan derajat kaum wanita dan lelaki.
Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita. Ciri-ciri
tersebut diuraikan di bawah ini :-
1. Doa perempuan
lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang
penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang
perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6.
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,
maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang mengembirakan
akan perempuannya, darajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis
kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api
neraka keatas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang
makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka
pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan
yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke
dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun) 10. Perempuan
apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.
11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12.Aisyah
berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar
haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak
terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14.Wanita
yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat
di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia
taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana? mana pintu
yang di kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18.
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh
rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19.
Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
Jadi,
janganlah sesekali kita merasa lemah. wanita sebenarnya yang membuat
seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi
meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar